Pernikahan Adalah Fitrah Bagi Manusia
Pernikahan adalah fitrah manusia. Oleh kerana itu, Islam menganjurkan umatnya untuk menikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyyah (naluri kemanusiaan). Apabila gharizah (naluri) ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah, iaitu pernikahan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang menjerumuskan manusia ke lembah maksiat.
Allah berfirman:
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" [Ruum 30:30]
Definisi Nikah
An-Nikah menurut bahasa arab beerti adh-dhamm (menghimpunkan) . Kata ini dimutlakkan untuk akad atau persetubuhan.
Adapun menurut syari'at, Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: "Nikah menurut syari'at adalah akad perkahwinan. Ketika kata nikah diucapkan secara mutlak, maka kata itu bermakna demikian selagi tidak ada satu pun dalil yang memalingkan darinya" [Al-Mughni ma'a Syarhil Kabiir (IX/1130)]
Al-Qadhi rahimahullah mengatakan: "Yang paling sesuai dengan prinsip kami bahawa pernikahan pada hakikatnya berkenaan dengan akad dan persetubuhan sekaligus. Hal ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata'ala:
وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آَبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلًا
'Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh)' (An-Nisa 4:22)" [Al-Mughni ma'a Syarhil Kabiir (IX/113). Lihat 'Isyratun Nisaa' minal Aliif ilal Yaa (hal. 12) dan al-Jaami' liahkaamin Nisaa (III/7)]
Islam Menganjurkan Nikah
Islam telah menjadikan ikatan pernikahan yang sah berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah sebagai satu-satunya jalan untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang sangat asas, dan jalan untuk membina keluarga yang islami. Penghargaan islam terhadap ikatan pernikahan sangat besar sekali, sehingga ikatan itu ditetapkan sebanding dengan separuh agama.
Anas bin Malik radiyallahu 'anhu berkata, telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam:
مَنْ تَزَوَّجَ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ الإِيمَانِ فَلْيَتَّقِ الله في النِّصْفِ الْبَاقِي
"Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh imannya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara separuhnya lagi" [Hadis hasan, diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam Mu'jamul Ausath (no. 7643, 8789). Syaikh Albani rahimahullah menghasankan hadis ini, lihat Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah (no. 625)]
Dalam lafaz yang lain disebutkan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
مَنْ رَزَقَهُ الله امْرَأَةً صَالِحَةً فَقَدْ أَعَانَهُ الله عَلَى شَطْرِ دِينِهِ ، فَلْيَتَّقِ الله فِي الشَّطْرِ الْبَاقِي
"Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah dengan wanita (isteri) yang solehah, maka sungguh Allah telah membantunya untuk melaksanakan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam menjaga separuhnya lagi" [Hadist hasan lighairihi, diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam Mu'jamul Ausath (no. 976) dan al-Hakim dalam Al-Mustadrak (II/161) dan disahihkan olehnya, juga disetujui oleh Adz-Dzahabi. Lihat Sahih at-Targhiib wat Tarhiib (II/404, no. 1916)]
Islam Tidak Menyukai Hidup Membujang
Rasulullah memerintahkan untuk bernikah dan melarang keras kepada orang yang tidak mahu bernikah. Anas bin Malik berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam memerintahkan kami untuk menikah dan melarang membujang dengan larangan yang keras, dan beliau shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ، إِنِّى مُكَاثِرٌ الأَنْبِيَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Nikahilah wanita yang subur dan penyayang. Kerana aku akan berbangga dengan banyaknya ummatku dihadapan para Nabi pada hari Kiamat" [HR Ahmad (III/158, 245), Ibnu Hibban (no. 4017) dan ath-Thabrani (no. 5059), disahihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah. Lihat Irwa-ul Ghaliil (no. 1784)]
Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata; Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya tentang ibadah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dan setelah diberitakan kepada mereka, sepertinya mereka merasa hal itu masih sedikit bagi mereka. Mereka berkata,"Ibadah kita tak ada apa-apanya dibanding Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bukankah beliau sudah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan juga yang akan datang?" Salah seorang dari mereka berkata,
أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
"Sungguh, aku akan shalat malam selama-lamanya." Kemudian yang lain berkata, "Kalau aku, maka sungguh, aku akan berpuasa Dahr (setahun penuh) dan aku tidak akan berbuka." Dan yang lain lagi berkata, "Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selama-lamanya." Kemudian datanglah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka seraya bertanya: "Kalian berkata begini dan begitu. Ada pun aku, demi Allah, adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian, dan juga paling bertakwa. Aku berpuasa dan juga berbuka, aku shalat dan juga tidur serta menikahi wanita. Barangsiapa yang benci sunnahku, maka bukanlah dari golonganku." [HR Bukhari no. 4675]
Dan sabda baginda lagi, beliau shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
النِّكَاحُ مِنْ سُنَّتِي فَمَنْ لَمْ يَعْمَلْ بِسُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي وَتَزَوَّجُوا فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ الْأُمَمَ وَمَنْ كَانَ ذَا طَوْلٍ فَلْيَنْكِحْ وَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَعَلَيْهِ بِالصِّيَامِ فَإِنَّ الصَّوْمَ لَهُ وِجَاءٌ
"Menikah adalah sunnahku. Barangsiapa yang enggan melaksanakan sunnahku, maka ia bukan dari golonganku. Menikahlah kalian! kerana sesungguhnya aku berbangga dengan banyaknya jumlah kalian dihadapan seluruh ummat. Barangsiapa memiliki kemampuan (untuk menikah), maka menikahlah. Dan barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya (dari berbagai syahwat)" [Hadis sahih lighairihi, diriwayatkan oleh Ibnu Majah (no. 1846). Lihat Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahihah (no. 2383)]
Jika ada orang yang enggang bernikah, sama ada itu lelaki atau perempuan, maka sebenarnya mereka termasuk orang yang paling sengsara dalam hidup ini. Mereka adalah orang yang paling tidak menikmati kebahagiaan hidup, baik kesenangan dari sudut biologi, atau pun spiritual. Boleh jadi mereka bergelimang dengan harta, namun mereka miskin dari kurnia Allah 'azza wa jalla.
Kemudian ada segelintir orang yang enggan membina rumah tangga